Isnin, 8 Februari 2010

Penyusuran titik-titik pengalaman di Sungai Chiling

alhamdulillah dapat jugak aku siap upload gegambar semasa kami pergi berkelah kat chilling kuala kubu baru.
ahad lapas ker...seramai 27 orang semua sekali.Dah kalau 27 orang yang pegi dah tentu la bnyak gambar.
Nasihat aku sekali lagi macam post yg lepas..Kali ni pon gambar banyak.So kalau internet ala ala jer...

sila la lawati blog ni lain kali...tak pon bleh pergi tengok movie dulu sementara loading gambar.Aku dah
kecikkan saiz, jadi kurang la lamenye kot...


kat bawah ni hasil nukilan meri.Orang yang same tulis kat post deepavali itu hari.Jadi kirenya post kali ni\
kami bergabung kembali..Aku ni nk tulis memang malas, kalau bleh nk biar gambar je bercerita.Tapi....
apekan daya tahap gambar2 aku tak sampai bleh meluahkan ape yg terjadi tanpa bantuan coretan meri....

so korang layan je la k....


Hatta tersebutlah kisah segerombolan penuntut-penuntut institusi pengajian awam dan swasta telah merancang sebuah perjalanan yang akan penuh dengan titis-titis pahit manis pengalaman di sebuah tempat yang bernama Sungai Chiling.Ia adalah merupakan sebuah tempat bagi mangembang biak segala baka dan pusaka ikan-ikan air tawar seperti Kelah dan Tengas.Ia juga dikenali sebagai santuari kelah yang amat terkenal di seluruh pelusuk alam semesta dan telah mengangkat nama negara kita iaitu Malaysia dikenali dan disegani di seluruh cekrawala.

Pada suatu pagi Sabtu yang hening dan tenang,Aliapeng,Wak Taufik dan Amran telah mengejutkan seramai 27 orang bala tentera untuk mengikuti mereka dalam episod pengembaraan yang agak mancuakkan pada kali ini.Tidak semena-mena,Aliapeng dan saya telah bangun pada pukul 6.30 pagi untuk menggerakkan mereka dari syurga tidur mereka,almklumlah hari cutilah katakan  bagi penuntut-penuntut ini.Dengan segala kudrat yang kami ada,kami kumpulkan dan curahkan kepada mereka dengan sepenuh hati supaya mereka dapat bersama-sama memakmurkan majlis yang penuh gilang-gemilang ini.Setelah itu,mekeka bangun dengan redha dan tawakal kepada kepada Allah S.W.T. untuk sama-sama kita mendekatkan diri kita kepada Nya(sembahyang Subuh).

Dengan itu kami sama-sama bersiap untuk terus menggegarkan Santuari ikan Kelah itu dengan penuh rasa kasih dan sayang.Walaubagaimanapun,ada diantara kami terpaksa untuk pergi ke sana dengan kelewatan walaupun kami tidak mahu semua itu menimpa kami kerana kami ingin menuju ke sana dengan hati yang penuh dengan rasa semangat, kerjasama dan perpaduan seperti kata mana YB Perdana Menteri kita yang menyarankan dan menyemai benih-benih SatuMalaysia diantara kita semua,tanpa mengira pangkat,darjat,harta,wana kulit,agama dan keturunan.Macam ahli politik dah nak mengucap  la pula.


Tanpa membuang dan menyimpan sebarang masa lapang,kami terus ke warung-warung yang berhampiran untuk mengisi isi perut kami yang agak berkeroncong ini bak irama Hardmetal yang berbunga-bunga.Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum,warung masakan pantai timur(kain rentang kedai berwana hijau) menjadi pilihan saya dan rakan-rakan terutamanya.Dengan rasa tidak segan,saya membantai satu bungkus nasi kerabu daging besama-sama Nescafe o dan memesan lagi hidangan kuih-muih sebanyak sepuluh biji.Itu saya kongsi dengan kawa –kawan saya lor.Tidak beberapa lama kemudian,kami pun bertolak dari kampung Kota Damansara menuju ke Kuala Kubu Baru.Kebanyakannya,saya dan teman-teman menaiki motosikal dengna jayanya untuk sampai ke destinasi yang dituju.Disebabkan hal ini jugalah mungkin kami  ini dikenali atau lebih mesranya dipanggil Mat Sempit.Olahan dari filem Adnan yang sempit sehinggakan boleh membuatkan seseorang itu mati tercekik atau tersepit.Objek atau subjek yng menyebabkan suspek mati atau koma masih lagi misteri kerana belum dapat diungkapkan lagi oleh barang-barang kasar terutama mata hati dan kelapa lutut.

Dengan gaya pelumba yang diiktiraf di litar Sepang,kami melakukan pelbagai aksi dan gaya sehnggakan ada sesetengah masyarakat kampung menggelarkan kami (Pro) di jalan raya.Tapi saya dan kawan-kawan muyskil, saya tidak pernah tersempak atau tersepak dengan mana-mana acara majlis Hari Raya di jalan raya.Itulah yang di katakan frasa dan falsafah yang diolah dan digaul menjadikan perkataan raya itu sebagai satu perkataan atau ayat yang boleh diguna pakai oleh beberapa lapisan masyarakat di Malaysia.Berbalik kepada permasalahan kita sebentar tadi,PRO boleh dirujuk dan diajuk kepada beberapa bahagian.Pertama,prokok adalah sebahagian besarnya terdiri daripada golongan-golongan yang menunggang motosikal secara melonjak-lonjak ini.Kedua,malas lor saya nak tulis.

Tetapi,disebabkan oleh beberapa kecacatan dan kemelesetan,kami(penunggang motosikal)terpaksa dan dipaksa menunggu geng kereta disebabkan mereka tidak bebeapa fasih tentang keadaan muka bumi dan alur jalan yang munuju ke tempat itu.Tapi tidak mengapa,kami lagi mempunyai rasa belas dan balas kasihan terhadap mereka dan teman wanita mereka.Tidak terkira banyaknya perhentian yang terpaksa kami tanggung sedangkan mereka sudah pun mengepalai perjalanan itu dan telah hampir sampai ke pusat santuari ikan Kelah itu.Sungguh sedih apabila diperlakukan seperti itu. Rasa terik sang mentari menyucuk-nyucuk mulus kulit kami sehinggakan ada diantara kami hampir digelar dengan nama hitam manis masin.Kepanasan itu amat-amat menggugat prestasi cemerlang kami pada hari itu tetapi berbekalkan dan berbungkus iman dan takwa,kami akur dan meneruskan titian perjalanan ini.

Oleh kerana disebabkan beberapa kecacatan itu tadilah menjadikan ahli-ahli pengembaraan menjadi cekal dan telah sampai titik permulaan ekpedisi pengembaraan kami.Setelah memakir motosikal dan kereta di tempat yang paling selamat dan menyimpan mana-mana inventori yang tidak munasabah untuk di bawa keatas.Seorang demi seorang berlepas menuju ke pondok keselamatan untuk mendaftar(book in)sebelum memulakan langkah yang pertama ke air terjun Sungai Chiling.Kami menyusuri denai,lurah dan alur yang sangat menguji kecekalan semangat dan jati diri dengan penuh berhati-hati dan waspada kerana dikhuatiri akan mengakibatkan kecederaan ataupun kecacatan jika terlibat dalam sesuatu kejadian yang tidak diingini seperti tersungkur di sunggul kayu sugi ataupun tertelan air sungai secara berlebihan dan boleh mengakibatkan hydrophobia(mati tercekik dek kerana air).

Setelah mengambil seberapa banyak saat dan minit,kami pun sampai ke tempat air terjun itu.Dengan penuh rasa bongkak kami terus bergegas turun ke gigi air terjun untuk membasahkan diri kami buat kali pertamanya.Sungguh dingin dan sejuk airnya sehinggakan kami leka dan alpa akan cepatnya waktu berlalu.Karim(Hanis)mengajak kami naik ke atas untuk menjamah sedikit makanan bagi mengisi perut yang sedang lapar ini dek kerana leka berseronok di dalam kawasan air itu jua.Sekumpulan insan dari kumpulan kami telah membuat keputusan untuk naik ke tempat yang lebih tinggi untuk meninjau keadaan persekitaran dan merakamkan beberapa keping foto untuk dijadikan santapan mata hati bagi insan yang membaca blog ini.Ianya terdiri daripada Wak,Ismail,Wan Shah dan Azwan(Badang).


Dengan secara tidak disengajakan,kami dikejutkan oleh satu suara yang memberi cadangan supaya membentuk dua pasukan ragbi air yang memboleh kami berentap untuk merebut juara liga Eropah pada musim hadapan.Dengan itu terbentuknya kumpulan yang berbaju dan kumpulan yang separuh bogel bagi membezakan dua kumpulan ini.Acara sepak mula(kick off) pun dimulakan dan kami berjuang secara bermati-matian untuk mendapatkan(try) yang paling banyak.Hal ini dapat digambarkan seperti dua keraajan yang berperang tanpa menggunakan senjata untuk merebahkan lawan masing-masing.Maka ramailah yang mendapat cop mohor dan ‘sticker’ di tubuh masing-masing atas kepelbagaian sebab dan musabab.


Setelah mendapat segala penat dan lelah,kami pun bersiap-siap untuk turun ke tempat parkir semula.Dengan keadaan separuh sedar,kami pun melangkah perlahan-lahan dan kelihatan amat menyedihkan kerana kami terpaksa menanggung segala keperitan dan kengiluan dek kerana luka,bengkak dan lebam kami terima akibat dari pertumpahan keringat(ragbi) itu sementar tadi.Beberapa helai foto sempat dirakamkan sebagai kenangan dan memoir yang mana boleh dianggap sebagai pahit,manis atau masin mengikut acuan personaliti tuan punya tubuh badan.Setelah sampai di bawah,kami membilas tubuh kami dan bersiap-siap untuk menunaikan solat Zohor dengan mengenakan pakaian yang bersih dan suci dari segala najis dan kotoran yang boleh menyebabkan ibadah kita terbatal atau pun tergantung mengikut dari segi hukum syaraknya.Selepas itu kami (book out) pula.


Kemudian kami pun memanaskan enjin jentera kenderaan masing-masing untuk pulang ke kediaman masing-masing.Dengan penuh ikhlas saya pun menunggang motosikal untuk pulang,tetapi disebabkan oleh kegagalan sistem tayar dan rim,tekanan tayar motor   saya tidak beberapa memuaskan untuk mengambil selekoh patah dengan penuh keimanan.Jadi saya pun tertinggal di posisi paling belakang dan meneruskan perjalanan dengan rasa sunyi dan sayu.Tanpa saya duga,telefon mudah alih saya pula sengaja ditinggalkan di dalam beg seorang kawan saya(Aliapeng).Sungguh pun saya tidak menjangkan perkara ini akan terjadi,kawan-kawan saya sungguh bimbang dan gusar akan sesuatu yang buruk telah berlaku kepada saya.Saya dengan rasa rendah dirinya membawa diri saya untuk pulang terus ke kediaman saya dan menempuh pelbagai adegan drama yang seperti…


Sebaliknya yang berlaku kepada kawan saya ialah mereka telah singgah di suatu tempat(Medan Selera Kuala Kubu Baru) untuk menyantap sebelum meneruskan perjalanan menuju ke kediaman masing-masing.

Dengan sisa-isa  kesempatan ini,saya amat terharu dengan pengorbanan kawan-kawan saya dan saya munghulurkan jutaan terima kasih ikhlas dari jauh lubuk hati saya.Selain itu,saya ingin meminta ampun maaf  dari hujung rambut sampai ke hujung kulit kaki dan hujung kuku tangan jari kanan hinggalah ke hujung kuku tangan jari kiri.Hal ini kerana saya telah banyak menyusahkan mereka sehinggakan ada di antara mereka yang berpesan kepada saya supaya tidak menganggap diri saya ini tidak berguna sangat kerana tidak membawa telefon mudah alih ke mana sahaja kita berada.
Jadi sehubungan dengan itu,jangan sesekali meninggalkan telefon mudah alih anda kerana dikhuatiri telefon itu akan meninggalkan anda jua pada masa yang mungkin amat-amat kritikal dan peluangnya yang amat tipis untuk sembuh dan tumbuh semula. 


wokeh macamaner...dah bace?
k skang biar gambar plak bercerita..




bermulanya di awal pagi...
pujian diberikan kepada semua...sebab mengikut waktu yg ditetapkan.7.30 am
waktu ni tunggu karim dan isi keretanya...bapak panas....kuar pagi dah...tp panas gak...hehehehe
 sekitar pemandangan perjalanan..
 pintu masuk...nk masuk kene daftar dan bayar rm1...
tak sampai lagi...tp bebudak ni dah tak sabar..terjun dulu mase dlm pendakian tu....
 time...ganas sukan ni..team berlengging vs team berbaju...
aliapeng beraksi..hahahahaha sakit2 aku balik dr tempat ni...bukan sebab mendaki ke ape...
tp sebab main permainan ni ar....ganas..luka takyah kate ar....
last skali kami singgah makan kat dataran kuala kubu baru...tentang makanan aku taknk citer la..
malas nk spoil mood happy post ni.....


tahniah ar berjaya gak korang sampai kat bawh ni..walaupon aku tahu korang bukan bace pon...takpe...btw thanks...





  

3 ulasan:

tae-har berkata...

fuhh..pnt nk bc smpai abes..

Tanpa Nama berkata...

katne nie wei??lawak ar teks nie...

Piratz berkata...

awat la ko tak buat readmore... takdela berat main page nak loading... sigh.......