assalamualaikum semua....
post kali ni dah banyak kali aku publish pastu aku tarik balik..atas sebab aku nak edit2 n upload
gambar bebanyak..sampai korang bleh muntah...aku tahu akibat bnyak sgt gambar nnt korang akan rase boring dan pastinye akan skip membace ayat yang panjang berjela jela ni....ayat2 kat bawah ni buakan aku @ ali @ apeng mahupun bukan juga aliapeng yg karang...yg aku karang bewarna biru je...selain dari tu semua saudara zamri yg karang..menarik hasil tulisannya...moga2 tak lame lagi muncul la blog die.....AMARAN jgn salahkan aku kalo korang kne load lame giler..sebab aku memng tamak nk letak
semua gambar hasil outing aku pergi batu caves bersama wak, dan zamri....harap korang bleh bersabar ye... zamri(penulis berbakat) , wak dan aliapeng
Sebelum itu,saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat sahabat saya iaitu Wak(Taufik)dan Aliapeng kerana telah memberi peluang kepada saya dalam merempuh susur galur sambutan hari perayaan Thaipusam di sekitar Batu Caves pada hari sabtu yang lepas.
Perjalanan dimulakan sekitar pukul 10.00 malam Sabtu dengan dilitupi cahaya bulan terang dan lampu-lampu neon.Kami memulakan langkah yang pertama dengan niat yang suci dan penuh dengan waspada kerana bimbang akan keselamatan kami terancam dek kerna kami hanya bertiga
Kami kuatkan kudrat kaki kami untuk melangkah dan mengambil foto-foto untuk dijadikan santapan pada kalian.Penganut-penganut Hindu sudah pun bersedia untuk berarak dengan diiringi alunan musik segar yang didendangkan oleh kumpulan pemusik dari kalangan mereka.Tanpa menyedari langkah kaki kami sudah pun berada di salah sebuah kuil dikaki bukit dan mereka merehatkan tubuh badan bersama ahli keluaga mereka yang lain di sekitar perkarangan kuil itu.Tidak semena-mena,wak dengan rasa rendah dirinya telah menyapa seorang "uncle"dan mewawancara beliau serba sedikit tentang Thaipusam.Banyak yang telah disembangkan oleh mereka sehingga saya merasakan mereka seperti mempunyai pertalian darah yang telah lama terputus hubungan.Setelah hilang rasa penat,kami bersedia untuk ke tempat yang lebih mencabar minda dan fizikal iaitu kuil utama di dalam gua Batu Caves.
Tapi sebelum itu,kami sempat melihat satu kumpulan pemusik di hadapan kuil yang sedang mengalun irama mengikut acuan budaya mereka,tapi setelah mengamati luahan musik itu,saya dan wak amat-amat bersetuju bahawa rentak dan irama itu sangat senang didengari,umpama irama dikir barat dari salah sebuah negeri di pantai timur.Tidak lama selepa itu,kami mengagahkan diri untuk naik ke atas gua.Namun apakah daya kami,terlalu ramai umat manusia yang ingin naik ke atas seperti kami tetapi dengan niat yang kami tidak jelas tentangnya.Dengan itu,kami memutuskan untuk pulang ke markas perkhemahan dengan tidak seberapa segera.Dalam perjalanan pulang,kami singgah sebentar di pembahagi tepi jalan untuk meninjau perarakan dengan lebih jelas dan dekat.Dari situ,kami dapat melihat pelbagai gelagat dan kelakuan para peserta perarakan.Bermacam-macam jenis corak dan bentuk kavadi,pelpadom dan tak ingat satu lagi dapat disaksikan oleh kami.Agak lama kami menikmati sedikit serpihan suasana Thaipusam dan kami pun ingin beransur pulang ke tapak perkhemahan.
Dalam perjalanan pulang,kami melihat semakin ramai penganut-penganut agama Hindu yang datang berkunjung.Makin malam makin ramai yang datang;itulah hipotesis yang dapat saya simpulkan.Tanpa kami sedari,Wak telah tersempak dengan Baskaran dan ibunya,kami segera menghampiri mereka untu menyapa mereka.Selepas itu kami berpisah mengikut haluan masing-masing. Sementara itu,kami singgah sebentar di kiosk "seven eleven" untuk membeli sedikit minuman untuk membasahkan tekak kami;almaklumlah kami sedikit segan untuk membeli minuman di gerai-gerai berhampiran.Kami berjalan pulang kepenatan dan waktu menunjukkan pukul 1.30 pagi waktu Malaysia.Pada awal rancangan memang kami berkhemah berhampiran kawasan itu,tapi datang seorang hamba Allah telah menyarankan kami untuk berehat di perkarangan luar masjid;maksudnya bukan di dalam ruangan solat tapi beranda masjid.
Tanpa melengahkan banyak waktu,kami merebahkan diri dan menunggu detik hari esok yang sekali lagi akan kami tempuhinya dengan penuh keberanian dan kecekalan dalam melahirkan asas jati diri yang mapan dan berketerampilan.
banyak tanya wak ni....banyak gak maklumat tentang perayaan thaipisam die korek mlm tu...
aku bukan taknk berborak..tp cumenye aku taknk terlepas moment penting.....
ni yg meri kate mcm dikir barat tu....
bukan group ni je ade...bnyak lg group pemuzik malam tu...
menghiburkan...
mari aku cerita tentang 3 gambar kat atas ni...orang tu duduk kat atas paku2 pastu memberi restu
kat pengunjung....pengunjung plak akan menyumbangkan sejumlah wang selepas mendapat
restu ke dalam bekas yg ada kat depan kaki die..bayangkan kalau 30 ribu orng dari sejuta orang
yg berkunjung kat situ...seorang seringgit minima la...huh patut la ramai yg jd
sami sepenuh masa....hahahaha kalau salah fakta ni aku mintak maaf.....
kat masjid ni la kami tidur..plan nak berkhemah...tp takde tapak..so tumpang tidor kat masjid ja la...nasib ade sleeping bag..so lena sepanjang malam..lepas subuh kami terus berangkat ke batu caves...dengan semangatnya...
wak nk sangat try makanan ni..memang menarik....menarik kot....manisan kan ni...so halal la kan...
kami tak makan pon...wak cume teringin jer.....ingat lagi mase kecik2 dulu...kalau lalau je sebelah india @ cina aku confirm akan tutup hidung..tk pon tahan nafas....mase tu tinggi sifat perkauman aku...teruk2.
mase kat sini..bau memang tak hingat la kan...tp dah memng macam tu adat dan budaya dieorng...kena la hormat...satu malaysia kan...
Hari yang ceria dan penuh dengan keberkatan perlulah diisi dengan progran kerohanian seperti yang dituntut dalam Islam dan telah dibawa oleh junjungan besar nabi kita Muhammad S.A.W.Jadi kami bangun pada jam 5.30 pagi dan bergegas ke bilik air untuk menyucikan diri dan bersiap untuk menunaikan solat subuh bersama-sama jemaah masjid yang lain.Saya pun duduk bersebelahan dengan Aliapeng dan beliau menunding jari ke arah Wak yang sedang khusuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran ataupun sedang enak dibuai mimpi di dalam mimpi.
Selepas selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah,kami pun bersiap dengan mengenakan pakaian yang terbaik dan sesuai untuk naik ke atas gua Batu Caves.Kami meneruskan perjalanan dan tersempak dengan sekumpulan manusia yang sedang menyiapkan kavadi ke atas salah seorang daripada kalangan mereka.Setelah mengambil beberapa keping foto daripada kawasan itu,kami meneruskan lagi pengembaraan kami yang mendebarkan ini.Tiba-tiba,kami berada di kaki tangga menuju ke puncak gua;jumlah keseluruhan anak tangga untuk sampai ke puncak ialah 372 anak tangga dan berkecerunan hampir 90 darjah.Dengan semangat ingin tahu yang amat dalam menyebabkan kami sampai jua ke puncak gua.Dengan keringat yang keluar dari tubuh kami,kami agak berbangga dengan prestasi kami pada hari itu.Dengan berlatar belakangkan suasana perayaan Thaipusam yang agak meriah,Aliapeng telah banyak merakamkan foto-foto yang eksotik dan konkrit manakala kamera Wak pula telah kehausan penjanaan kuasa bateri;maknanya kamera Wak dah mati.Bersempena dengan kejadian itu,Wak dan saya mengambil langkah untuk berdiam diri seperti batu batan yang berceracak di dalam gua.
Secara tidak disengajakan,Wak tertemubual seorang"uncle"yang berasal dari Klang tentang bagaimana peristiwa ni boleh terjadi.Beliau telah memberikan satu penjelasan yang agak teliti berhubung dengan perkara ini.Disebabkan itu juga kami dapat megenali lebih dekat dan rapat tentang budaya masyarakat kaum India dan merasa bangga kerana hidup di dalam negara yang mewah dengan budaya dan cara hidup yang unik dan abstrak.Sementelahan itu,Aliapeng terlalu sibuk mengolah,menyedia dan merakam foto-foto yang dianggap tiada harga di pasar-pasar mahu pun di kedai makan;terutama di kedai Diana &Sayang Salhah,untuk disantapi oleh makhluk yang bernama insan yang sanggup membuang masa dengan membaca coretan dari saya insan yang hina ini.
Tidak lama kemudian,Aliapeng mengajak kami turu ke bawah dengan harapan yang tinggi menggunung;setinggi gunung Nuang.Sebenar sudah lama ingin saya sediakan sedikit luahan perasaan tentang Gunung Nuang.
Astagfirulahhazim,mungkin terbawa-bawa cerita yang lepas pada ruangan hidup masa hadapan;"Post experience disorder".
Saya dan Wak telah sampai ke bawah dengan jayanya,sebaik saja mengambil masa selama sejam,Aliapeng pun menampakkan hidungnya dengan bangga.Setelah itu,kami berjalan seumpama berada di majlis Karpet Merah di antara lorong paling tengah sekali.Dengan berbekalkan nasihat ibu bapa masing-masing,kami ingin pulang ke kediaman kami yang yang terletak di Kota Damansara.Sesampai kami di tempat parkir motor,kelihatan seluruh pintu pagar masjid berkunci,kami agak cuak dan bimbang di atas segala yang menimpa kami.Jam di telefon bimbit Wak menunjukkan pukul 9.30 pagi waktu Malaysia.Tetapi,hamba Allah yang sebelum ini pernah membantu datang untuk memberikan pertolongannya untuk kali kedua.Beliau membuka pintu masjid dan membolehkan kami pulang dengan selamat.Terima kasih kepada beliau.
Sementara itu,kami singgah sebentar di gerai menjual makanan pantai timur(East Coast) yang teramat tersohor di pelusuk tanah air untuk membeli nasi kerabu;sedapnya hingga menjilat kertas lilin;makna kertas lilin di sebelah adalah kertas pembungkus nasi kerabu.
Kesimpulannya,tiada apa pun yang nak disimpulkan,kecualilah anda masih lagi dalam pasukan pengakap.Jadi kurangkan kontrovesi,tingkatkan segala produktiviti.
Sekian, terima kasih..
yang benar,
adakah saya orang misteri ERA...
(zamri bin mokthar)
hahahahaha tahniah ar korang berjaya sampai ke bahagian terakhir post ni...boring ker...komen ar klo memboringkan or ade cadangan..bleh aku perbaiki dimasa2 akan datang...
5 ulasan:
Zamri penulis misteri....
kemna menghlg gmbr2 yg exstrem ckit?
sangat detail karangan ni..
bkn apeng kah??
ngeeee..
bukan apeng yg pasti..
inilah blogger yg belum timbul
bernama zamree
Catat Ulasan